Bromo Marathon (Preparation)

21 Mac 2017 aku menerima whatsapp message dari Azah (teman Uni) “Bromo Trail Run – 1 October 2017, interested to go?” Sound menarik tapi rasa tarikh tu hampir sangat dengan tarikh aku ke Amsterdam untuk TCS Marathon.

Since kawan sekolah aku pun dah into running and hiking aku pun forward the message to group sekolah (9 of us) apa lagi semua tergedik-gedik nak pergi. Actually not so much about trail run tapi sebab trip ke Bromo (as long as we are together). I’m so lucky to have friends like my schoolmates. Karektor mereka semua sangat pleasant, friendly and funny. Some of my Uni friends became their friend too.

Ok semua “On” belasah je trail run pun trail la…tak cuba tak tahu kata salah seorang kawan aku. At least aku dah try di Hulu Langat kelmarin but for sure this is going to be different. At the same time kita nak support Azah juga, semua tengah semangat untuk berlari. Azah will be going with her running friends which are 6 of them and sampai awal sehari dari kami. None of Azah's friends yang pernah aku  jumpa but I know their name sebab Azah add aku dalam group mereka juga. Can't wait to see Lin, Hany, Jimmy, Hazan and Shmily. Dari group aku 13 orang semuanya. Zara, Ida, Kak Naja dan Mazni masing-masing bawa suami dan aku bawa my sister Kak Yati.

Registration done at  https://bromomarathon.com

Yohooo 10km saja

1st step dah settle. Now nak kena google lokasi start marathon, flight, accommodation, transportation and itinerary semua.

2nd step mencari flight. Dari Kuala Lumpur hanya penerbangan Airasia sahaja ke Surabaya. Bromo terletak kira-kira 112km dari Surabaya dan disebabkan laluan berbukit bukau ianya mengambil masa hampir 3 jam 30 minit. Airport terdekat untuk ke Bromo adalah melalui Surabaya atau Malang, walaubagaimana pun Airport Malang hanya menerima penerbangan tempatan sahaja dan cuma 52km dari Bromo.
 
Flight done
 
Kami akan berangkat ke Surabaya pada 30 September dan pulang 2 October 2017.

3rd step dengan bantuan Encik Google aku mendapat pilihan beberapa tempat penginapan yang berhampiran lokasi larian iaitu di Desa Tosari. Kebanyakan chalet dan homestay kelihatan agak “rundown” kecuali Ancala Inn. Dengan segera aku menghubungi Mbak Yani iaitu pengurus yang bertugas di sana. Azah Omar telah membuat arrangement sendiri direct dengan Mbak Yani. Kami telah book 5 bilik dan membayar deposit melalui Western Union.
 
Ancala Inn Entrance
 
Pada asalnya kami ingin spend 3 hari 2 malam di Bromo tetapi akhirnya menukar perancangan seperti itinerary dibawah:

Day 1 (30 September 2017)
Surabaya – Bromo (Ancala Inn) – Dinner - Sightseeing

Day 2 (1 October 2017)
Ancala Inn (Breakfast) – Bromo Marathon Starting Point – Lunch – Surabaya (Holiday Inn) 

Day 3 (2 October 2017)
Holiday Inn (Breakfast) – Town Sightseeing/Shopping – Lunch - Airport (KL)

4th step mencari kenderaan. Gampang sih!!! Aku terus menghubungan Herry teman travel agensi aku di Jakarta. Nah…settle, 1 van berkapasiti 15 seater dia quote aku. RM1,425 untuk 3 hari (Surabaya – Bromo – Surabaya).

Semua persiapan settle and now counting days…...


 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Borneo International Marathon

Bromo Marathon Day