Posts

Showing posts from November, 2017

Senarai Larian Tahun 2018

Diam tak diam sudah penghujung tahun 2017. Alhamdulillah hampir semua senarai larian yang dirancang telah terlaksana termasuk 2 trail run (Hulu Langat & Bromo) kecuali Kuala Kangsar Run terpaksa dibatalkan.   Seperti biasa pada penghujung setiap tahun aku akan menyenaraikan larian yang ingin disertai agar mudah untuk keep-track pendaftaran melalui on-line. Disamping itu sekurang-kurangnya ada aktiviti yang mendatang dan aku perlu konsistan dalam melakukan latihan.   Untuk tahun 2018, aku telah menyenaraikan beberapa larian yang akan disertai. Pada tahun 2018 juga akan selitkan aktiviti hiking iaitu Rinjani di Lombok. Oleh yang demikian persediaan awal seperti hiking di bukit-bukit sekitar Kuala Lumpur dan body weight perlu ada dalam jadual latihan.   No Larian Tarikh KM 1 KL International New Year Run 2018 1 Jan 2018 10 km 2 Malaysian Women Marathon 4 March 2018 10 km 3 ...

TCS Amsterdam Marathon

Image
Tarikh : 15 Oktober 2017 Lokasi : Stadionweg, Amsterdam Time : 21KM – 1:50PM   Penerbangan kami pada 12 Oktober 2017 dengan Qatar Airways dari Kuala Lumpur ke Amsterdam mengambil masa hampir 17 jam termasuk 3 jam transit di Lapangan Terbang Doha. Jam 1:40PM waktu tempatan kami sampai di Lapangan Terbang Schiphol dan terus ke pangsapuri yang disewa melalui Airbnb yang terletak di Ceintuurbaan. Dihadapan Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam   Keesokan harinya kami ke Sporthallen Zuid yang terletak berhampiran Olympic Stadium untuk mengambil Race Pack. Jarak daripada pangsapuri kami lebih kurang 1.4km. Walaubagaimanapun kami memilih untuk menaiki tram. Sporthallen Zuid dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Hall 1 dan 2 untuk Expo Marathon dan Hall 3 tempat kutipan Race Pack.  Wajah gembira dan gementar. Lokasi Hall 3 Sporthallen Zuid  Di hadapan Sporthallen Zuid Ahad 15 Oktober 2017 adalah hari yang dinanti...