Tarikh : 15 Oktober 2017
Lokasi : Stadionweg, Amsterdam
Time : 21KM – 1:50PM
Penerbangan kami pada 12 Oktober 2017
dengan Qatar Airways dari Kuala Lumpur ke Amsterdam mengambil masa hampir 17
jam termasuk 3 jam transit di Lapangan Terbang Doha. Jam 1:40PM waktu tempatan kami
sampai di Lapangan Terbang Schiphol dan terus ke pangsapuri yang disewa melalui Airbnb yang terletak di
Ceintuurbaan.
 |
Dihadapan Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam |
Keesokan harinya kami ke Sporthallen Zuid yang terletak berhampiran Olympic Stadium untuk mengambil Race Pack. Jarak
daripada pangsapuri kami lebih kurang 1.4km. Walaubagaimanapun kami memilih untuk
menaiki tram. Sporthallen Zuid dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Hall 1 dan 2 untuk Expo Marathon dan Hall 3 tempat kutipan Race Pack.
 |
Wajah gembira dan gementar. Lokasi Hall 3 Sporthallen Zuid |
 |
Di hadapan Sporthallen Zuid |
Ahad 15 Oktober 2017 adalah hari yang dinantikan. Bagi "Mizuno Half Marathon" perlumbaan bermula jam 1:50PM. Ianya terdapat 6 kategori mengikut warna dan masa.
(1) Oren : Kumpulan masa kurang dari 1 jam 40 minit. (2) Putih : Business Run/TCS Employee/Le Champions Members. (3) Biru : Kumpulan masa antara 1 jam 40 minit - 1 jam 50 minit. (4) Kuning : Kumpulan masa antara 1 jam 50 minit - 2 jam. (5) Hijau : Kumpulan masa diantara 2 jam - 2 jam 10 minit. (6) Merah Jambu : Kumpulan masa lebih dari 2 jam 10 minit (dan sudah pasti aku dibawah kumpulan ini hehehe... seorang manusia yang sadar diri atas kemampuannya).
 |
Dalam perjalanan dari pangsapuri ke Stadionweg |
 |
Bersama Kak Nani di hadapan "Start Point" |
 |
Beberapa minit sebelum 21km dilepaskan. Oh saja nak bagi tahu yang saya memakai skaf yang dibeli dari Muzium Van Gogh. Ianya adalah lukisan yang bertajuk "Almond Blossom". Suhu pada masa ini amat nyaman iaitu 14 degree celsius |
Kak Azlina menyertai 42km dan larian beliau telah dilepaskan jam 10AM dan bermula dari Olympic Stadium manakala bagi 21km dilepaskan diluar stadium iaitu di Stadionweg. Laluan 21km akan melalui Churchillaan, Rijnstraat seterusnya Utrechtse Bridge melalui Sungai Amstel. Juga melalui Rijksmuseum iaitu muzium untuk lukisan-lukisan terkenal Rembrandt, Van Gogh dan Vermeer.
 |
Berhenti sebentar di Utrechtse Bridge |
 |
Tak banyak foto diambil semasa larian. Foto dihadapan Rijksmuseum diambil sehari sebelum larian. Pelari-pelari 42km dan 21km akan melalui lorong dibawan muzium ini. |
Akhirnya pada km 17 pelari-pelari akan memasuki Vondelpark iaitu taman yang terbesar di Amsterdam seluas 48 hektar. Amat kesal sedikit kerana tidak mengambil satu foto pun di taman ini. Pada saat ini kaki sudah mulai tidak bermaya. Larian disini tidak seperti larian di Malaysia. Tidak ramai peserta yang berhenti untuk bergambar atau selfie, mereka mengejar masa untuk sampai tepat pada waktu yang telah ditetapkan.
Akhirnya sampai juga di lokasi akhir larian. Rasa sebak dan sangat beremosi. Sebenarnya pada saat ini Azman sedang berada di hospital dan beliau telah disahkan terdapat tumor (cancer) di bahagian belakang telinga kiri.
 |
Dapatkah anda menebak perasaan dan ekpresi wajah ini? |
 |
Keadaan didalam Olympic Stadium |
4 hari selepas sahaja sampai di Kuala Lumpur, Azman menjalani operasi membuang tumor tersebut. 2 hari di Unit Kawalan Rapi (ICU) untuk pemantauan dan 13 hari di wad biasa. Keadaan beliau semakin pulih Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment