7 May 2017
Borneo International Marathon diadakan di Kota
Kinabalu, Sabah. Kali terakhir menjejak kaki negeri di bawah bayu ini 16 tahun
yang lalu. Menyertai Borneo Marathon menjadi alasan untuk ke Sabah lagi. Kami
berlima dari Kuala Lumpur dan tinggal di Hotel The Klagan berdekatan Universiti
Malaysia Sabah (UMS).
Sehari sebelum acara larian, kami mengambil
kesempatan untuk ke Kundasang iaitu lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota
Kinabalu. Kundasang merupakan tanah tinggi dan terletak di kaki puncak Gunung
Kinabalu. Usai berjalan-jalan menikmati udara segar di sekitar kaki gunung dan
Dairy Farm, kami pun pulang ke Kota Kinabalu dan menikmati makan malam
“Seafood” disalah sebuah restoran terkenal di sana.
 |
"Kami" at Kundasang |
Ahad, jam 4:30 pagi kami pun berangkat ke Stadium
Likas dimana acara larian diadakan. Cuaca pada hari tersebut agak panas tetapi
berangin dan mungkin kerana kawasan persekitaran berdekatan dengan pantai.
 |
Beautiful |
 |
5km lagi...fuhhh |
Bermula dari Stadium Likas, pelari-pelari akan
melepasi 2 lingkaran bulatan dan menyusuri Jalan Tun Fuad Stephen dan terus
menghala ke Jalan Yayasan Sabah. Laluan ini mendatar sahaja dan menyaluri
persisiran pantai. Permandangan pagi amat cantik dan tenang. Aku berlari dengan
pace sederhana, tenang dan konsisten sehingga memasuki kawasan Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Di kawasan UMS sedikit tekanan terasa kerana laluan
berbukit dan pada masa itu pelari sudah memasuki kilometer yang ke 10.
 |
With The Kadazan...Abang Supporter |
Berpatah balik ke Jalan Yayasan Sabah dan Jalan Tun
Fuad Stephen. Pada kilometer ke 16 kedua belah betis sudah terasa tegang. Aku
berhenti sekejap untuk mendapatkan deep heat dan mula mengambil pisang dan
energy gel yang diberi percuma pada kilometer 11. Kilometer ke 19, betis mula
cramp dan terpaksa berhenti hampir 5 minit. Technically 2km terakhir aku lebih
banyak berjalan. Pelari-pelari menamatkan larian dengan memasuki Stadium Likas.
Alhamdulillah, berjaya menamatkan larian 21km yang kedua selepas Bali Marathon.
 |
With my schoolmate who joined me there.
Congratulations to Zara & Mala for completed their 1st Half Marathon |
 |
Post Marathon at finishing line
|
Untuk mereka yang belum mencuba Borneo International
Marathon, you should!!
Comments
Post a Comment