My First 10 KM (AngkorWat International Half Marathon)

26 Dec 2015

AngkorWat International Half Marathon dianjurkan oleh Cambodia Events Organizer (CEO) bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa “Antipersonnel Mines” di Cambodia. Oleh yang demikian kita boleh melihat ramai peserta-peserta kurang upaya atau mereka yang menggunakan tangan dan kaki palsu serta berkerusi roda menyertai larian ini bagi menunjukkan sokongan mereka. Kategori larian terbahagi kepada 3km, 5km, 10 dan 21km.

Dikalangan teman-teman yang rapat, sememangnya tahu bahawa saya sukakan tempat-tempat sejarah dan bangunan lama. AngkorWat adalah salah satu “wish list” yang ingin dilawati. Bagi mereka yang tidak tahu, AngkorWatt adalah sebuah komplek Ibadah/keagamaan (Temple) yang dibina diatas kawasan seluas 162.6 hektar dan menjadikan sebuah monumen keagamaan terbesar didunia. Pada asalnya dibina sebagai tempat Ibadah Hindu iaitu “God Vishnu” pada zaman empayer Khmer dan akhirnya diubah ke Buddha pada penghujung abad ke12.

Kebetulan pada tahun 2015 adalah ulangtahun ke 20 AngkorWat International Half Marathon dan malam sebelumnya telah dianjurkan “Gala Dinner” di salah satu “Ancient Temple”. Malangnya kami tidak dapat menyertainya kerana sudah pasti akan keletihan dan kami memerlukan tidur yang cukup.

Seawal jam 4:30am kami telah menaiki tuk tuk ke tempat acara yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari Sokhak Boutique Resort. Cuaca agak sejuk dan sedikit berhabuk. Jam 5:20am kami sudah bersedia digarisan permulaan iaitu dihadapan AngkorWat Temple. Peserta 21km telah dilepaskan tepat jam 5:30am dan diikuti 10km 15 minit kemudian.

Rata-rata suasana larian sangat menyeronokan, tidak ubah seperti pesta. Kawasan agak landai dan rata serta berdebu sedikit. Ramai peserta dari luar negara menyertai, penduduk tempatan, kalangan kakitangan kerajaan dan murid-murid sekolah. Pelari-pelari juga dihiburkan dengan muzik tempatan dan pancaragam.

Keseluruhan, tahniah kepada pihak pengurusan CEO kerana telah menjayakan larian ini dengan baik sekali. In Sha Allah, I don’t mind to come again mungkin untuk half marathon.
Trying Combodian food a day before the event
 
"Kami"

 
Exploring AngkorWat the next day. Salah satu tasik
 
Tombrider??
 
 


Comments

Popular posts from this blog

Borneo International Marathon

TCS Amsterdam Marathon

Bromo Marathon (Preparation)