My First 21 KM (Bali Marathon)
28 August 2016
“Water Station” Ya banyak
sekali, sekurang-kurang setiap 3km. Terdapat pisang dan energy bar diberi
secara percuma dan tempat musholah (solat) juga disediakan bagi menunaikan
solat subuh.
Tarikh yang sangat
menggembirakan kerana berjaya menghabiskan 21km (Half Marathon) yang pertama
dengan masa 3jam 20 minit….ok la, not so bad for first timer. I have to admit,
I’m not fast runner and I’m not competing with anybody. Selalu mengambil resam setiap
langkah berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan kesembuhan dari penyakit
kanser Azman and always yes always “I Run For Cancer”. Disamping itu,
menikmati keindahan setiap laluan yang dilepasi.
Seawal Januari lagi
telah mendatar larian ini dan selalu berharap Azman menjadi ”sparring partner” akan tetapi kesihatan
beliau masih tidak mengizinkan untuk berlari.
Latihan demi latihan
telah dijalankan bagi mendapatkan stamina dan bisa berlari dengan konsisten.
Sebagai persediaan, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu latihan samada di
treadmill mahupun “outdoor”.
Seperti tahun-tahun
sebelumnya, Bali Marathon diadakan di daerah Gianyar berdekatan Bali Safari
& Marine Park. Bentuk muka bumi yang berbukit memberi sedikit kekangan dalam
larian, namun laluan yang menyusuri kawasan perkampungan, sawah padi dan sungai
menghilangkan sedikit rasa lelah.
Laungan dan lambaian
anak-anak sekolah sebagai pembakar semangat dan muzik serta tarian “Barong Sai” (Chinese Lion Dance) sangat
menghiburkan disepanjang laluan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit masalah
semasa larian ini. Tandas cuma disediakan pada kawasan permulaan (starting
area) dan laluan 5km terakhir. Sekiranya anda ingin berurusan kecil atau pun
besar terpaksa meminta izin penduduk kampung untuk menggunakan tandas milik
mereka. Please don’t expect 5* water closets ya and don’t worry most of the
time you are welcome.
![]() |
Bersama anak-anak sekolah. "Photo bareng dulu ibu...semangat ya" |
Another 3 KM to go |
Menghampiri Finishing Line. Can't described the feeling. I just don't know how I did it. Wore my Run4Cancer TShirt |
![]() |
Finally, a kiss from my sparring partner. She's 5 minutes ahead and her 3rd Half Marathon in Bali |
Sejujurnya, Bali
Marathon was my best experience.
Comments
Post a Comment