Run For A Reason (KL Marathon)
Bagi pelari-pelari Marathon di Malaysia, nama “Kuala Lumpur Marathon”
atau lebih dikenali sebagai “SCKLM” (Standard Chartered Kuala Lumpur Malaysia)
sememangnya tidak asing lagi. Larian ini merupakan larian terbesar Malaysia dan
disertai bukan sahaja rakyat Malaysia, malah dari luar negara. Bilangan peserta
meningkat setiap tahun dan pada tahun 2017 sahaja hampir seramai 36,000 orang.
Lokasi larian adalah di Dataran Merdeka dan sepanjang jalan mengikut kategori
iaitu 3km, 5km, 10km, 21km dan 42km. Acara dimulakan seawal jam 4:00 pagi.
Kali pertama menjejak kaki di Dataran Merdeka untuk acara ini adalah
pada tahun 2013. Bukan sebagai pelari tetapi sebagai “Supporter” kepada 2 orang
teman. Pada masa itu tidak pernah bermimpi untuk berlari memandangkan berat
badan hampir 76kg. Tanpa disedari pada saat itu juga terdetik “mungkin suatu
hari”…….
10 October 2015
Tahun ini, tahun yang memulakan segalanya. Dengan rasa bangga telah
mendaftar sebagai peserta bersama-sama Azman untuk larian 10km dibawah kategori
“Charity - Run For A Reason” untuk NCSM (National Cancer Society Malaysia).
Para peserta perlu membayar RM150 sebagai sumbangan dan memulakan kutipan (fund
raising) melalui profil persendirian samada melalui Facebook, Instagram mahupun
apa-apa sumber yang dibenarkan. Kami berjaya mengutip sebanyak RM2,380.00.
Tujuan “Run For A Reason” adalah
untuk membantu golongan yang kurang upaya dan memerlukan bantuan “Caring for and serving less fortunate”.
Selain NSCM, para peserta boleh juga mendatar “Run For A Reason” dibawah Standard Chartered Foundation, Dignity
(Transforming The Poor Through Education) dan Hopsis Malaysia.
Bak kata perpatah “kita merancang, Allah yang menentukan”. 2 bulan
sebelum acara, Azman terpaksa menjalani rawatan chemotherapy dan kesihatan
beliau tidak menginzinkan. Tanpa Azman, larian tetap akan diteruskan dan
seorang teman bersetuju berlari bagi pihak beliau. Walaubagaimanapun, pada saat
akhir pihak penganjur terpaksa membatalkan acara. Malaysia dilanda jerubu yang
amat teruk akibat pembakaran besar-besaran dan cuaca yang panas. Sebagai
langkah kesihatan dan keselamatan, pembatalan acara adalah langkah yang
terbaik.
![]() |
TShirt received from NCSM |
SCKLM telah menjadi acara tahunan dan sekali lagi 2016 aku mendaftar
untuk “Run For A Reason” dibawah kategori
10km (Cruise) sahaja kerana Bali Marathon juga berlangsung pada bulan yang sama (first half marathon).
Kali ini my personnel trainer Aina mewakili Azman untuk kategori 10km kerana
beliau masih didalam rawatan. Route untuk 10km agak moderate sehinggalah pada
kilometer ke 7 laluan agak berbukit menyusuri
Jalan Padang Merbok, Lake Garden, Muzium Islam dan menuruni sebelah
Masjid Negara.
Bagi kategori 10km semua peserta dilepaskan di Jalan Tunku Abdul
Rahman berhampiran Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka bagi mengelakkan
kesesakan. Kategori ini juga dipecahkan mengikut pilihan kelajuan masing-masing
semasa pendaftaran secara online iaitu “Speed – 75 minit”, “Cruise-90 minit”
atau “Leisure-120 minit”. Secara keseluruhan, pengurusan SCKLM sangat bagus dan
professional.
![]() |
During Race Pack Collection at Kenanga (2016) |
![]() |
Post run photo with my dearest friends (2016) |
21 May 2017
Alhamdulillah SCKLM tahun ini merupakan half marathon ketiga aku
selepas Borneo Marathon. Pendaftaran untuk “Run
For A Reason” mendapat keistimewaan untuk mendaftar 2 minggu awal sebelum
ianya dibuka secara online. Pada tahun ini tidak banyak sumbangan yang
diperolehi. Kutipan gabungan aku dan Azman adalah sebanyak RM980.00.
Peserta 21km dilepaskan pada jam 5:30 pagi di Dataran Merdeka. Laluan
21km akan melepasi Bangunan Tabung Haji dimana suraunya dibuka untuk peserta menunaikan
solat subuh. Terdapat juga beberapa tempat solat disediakan untuk pelari-pelari
42km yang telah bermula pada jam 4:00 pagi. Laluan 21km agak mencabar apabila
menaik Lebuhraya Akleh kerana matahari sudah membahang dan kawasan agak terbuka
tanpa sebatang pokok.
Energy semasa itu agak menurun dan aku mula berlari-lari anak.
Kesakitan belakang akibat Adenomyosis (Fibroid dalam rahim) mula terasa. 2
minggu sebelum larian aku mengalami
kesakitan yang teruk dan dirujuk kepada pakar. Dokter menasihatkan untuk
menjalani pembedahan but I told him apa-apa biar larian ini diselesaikan
dahulu. Semangat “Run For Cancer”
sudah ditanam dan aku tidak mahu melepaskannya. Akhirnya sampai juga kegarisan
penamat dengan masa yang kurang memuaskan 3jam 40 minit but at least I done it
and I’m so proud of myself.
Azman still on medication dan mempunya masalah peripheral neuropathy
(saraf) dan Nurin berlari mewakili beliau sejauh 10km.
![]() |
With my daughter Nurin |
Comments
Post a Comment